Model holistik pembangunan insan

Thursday, May 5, 2011

S.P.I.E.S KELUARGA


Pembangunan modal insan adalah di antara teras utama dalam agenda pembangunan negeri Selangor.
Untuk melahirkan anak cemerlang sudah tentu ibubapa perlu dibangunkan dulu.Mereka sebagai pencorak anak mesti memahami apakah yang diperlukan dalam membangunkan seorang insan untuk mempastikan ia berjaya dunia akhirat. Berjaya menjalani hidup dengan baik dan mampu memakmurkan bumi tanpa melupakan kehidupan bahagia di akhirat kelak.
Menyedari hakikat ini, Jawatankuasa tetap Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor menyediakan modul khas SPIES Keluarga yang membekalkan ilmu pemula untuk mengupayakan ibubapa kearah membina keluarga bahagia dan dahan sokongan untuk berpaut anak mereka sepanjang hayat.

gambar:
EXCO Pembangunan Modal Insan YB Dr Hjh Halimah Ali merasmikan SPIES Keluarga dan SPIES Kepimpinan wanita JKKK dan masjid

Friday, February 18, 2011

MODUL S.P.I.E.S. ADVANCED

Trainer, Sharif Van De Burg menggunakan kaedah khas untuk latihan khusus kepada konsultan S.P.I.E.S.
Beliau mampu mengintegrasikan semua elemen SPIES bagi memantapkan kefahaman dan penghayatan SPIES di kalangan konsultan SPIES.
Ianya satu kelainan. Ia merupakan satu pengalaman yang mengajar secara praktikal hingga ke kalbu makna jujur dan ikhlas
Alangkah bahagianya rakyat Selangor sekiranya pemimpin mereka semuanya jujur dan ikhlas dalam menjalankan amanah.
Beliau mengetengahkan konsep keyakinan dan harga diri dan kerja keras.