Model holistik pembangunan insan

Tuesday, November 9, 2010

PASUKAN SUKARELAWAN ALUMNI SPIES

Peserta kursus SPIES yang telah dikenalpasti menunjuk minat dalam aktiviti kesukarelawanan. Salah satu daripada elemen asas dalam SPIES ialah pembangunan sosial yang di antara cabangnya ialah memupuk kepedulian sosial dikalangan peserta. Remaja/belia yang berpotensi dibentuk dan dibimbing dalam program Briged Amal Selangor.
Untuk sekilas pandang aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Briged Amal Selangor. http://brigedamal-selangor.blogspot.com

Thursday, November 4, 2010

Memupuk aktiviti intelek(I) dalam S.P.I.E.S.


Kerajaan Selangor mahu rakyatnya menggunakan semaksima mungkin 100 billion sel otak yang ada pada setiap insan yang normal. Keupayaan melipatgandakan pertumbuhan 'synapses' iaitu mekanisma hubungan antara sesuatu sel otak dengan sel yang lain yang menghasilkan sesuatu respon elektrokimia yang menatijahkan sesuatu maklumat baru. semakin banyak maklumat baru dari pelbagai corak akan memperkayakan khazanah maklumat yang apabila diintergrasikan akan menambahkan keupayaan minda menghasilkan tindakan luarbiasa.
SPIES mahu mencetus kesedaran dan kemahuan bertindak seseorang untuk melatih diri berfikir secara analytikal untuk memahami perkara-perkara yang berlaku supaya ia mengerti kenapa perkara itu berlaku dan apa punca sesuatu yang baik atau yang buruk atau apa-apa fenomena berlaku. SPIES juga mendorong insan berfikir secara kritikal supaya mampu memilih melakukan atau tidak melakukan sesuatu perkara.
Kemahiran berfikir secara analytikal dan kritikal ini akan membina daya tahan yang mantap supaya terselamat daripada kesan negatif golongan yang mengambil kesempatan di atas kejahilan dan kelalaian.Ia boleh menghindar rakyat daripada sentiasa ditipu pihak-pihak yang mempunyai kepentingan peribadi. Ia juga mampu membina jati diri kerana mengerti apakah yang terbaik untuk dirinya,keluarga dan masyarakatnya.
Tidak cukup dengan hanya menghafal dan memuntahkan balik maklumat tanpa mampu mencerna dan menggunakannya secara praktikal.

Sunday, October 31, 2010

Pensyarah KUIS ikuti SPIES PENDIDIK



Alhamdulillah, 74 pensyarah daripada AKADEMI ISLAM KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR KUIS telah mengikuti SPIES PENDIDIK pd 30-31/10/10 yang telah dirasmikan oleh EXCO PEMBANGUNAN MODAL INSAN KERAJAAN SELANGOR YB Dr Hjh Halimah Ali. Maklumbalas amat memberangsangkan dan mahu ianya dipanjangkan ke fakulti lain.
Pendidik sebagai murabbi ditekankan dan konsep peranan pensyarah sebagai pencorak dan pelengkap proses pendidikan yang wajib memahami hakikat dirinya, erti kehidupan,visi dan misi insan, dan konsep kecerdasan berjaya(successful intelligence) yang dipermudahkan dengan model S.P.I.E.S dalam membangunkan diri pensyarah dan pelajar.Pensyarah yang memahami konsep nilai ganjaran dunia berbanding akhirat sudah tengtau lebih mampu memberi lebih input berguna kepada pelajarnya untuk kejayaan dunia akhirat pelajar dan juga pensyarah tersebut.

Saturday, July 3, 2010

Start it right! Mulakan dengan betul

Insan harus di mulakan pembentukan gaya hidupnya dari sebelum ia dilahirkan lagi. Bahkan sebelum ibubapanya di ijabkabulkan.Ini ideal. Malangnya sekarang ada insan yang 'terlahir' di dunia ini tanpa ijabkabul ibubapanya.
Bagi umat Islam pemilihan suami dan isteri adalah perkara pokok dan tidak boleh dipandang remeh.Biar susah menyaring calon. Biar lambat sikit tapi teliti kerana untuk melahirkan insan rabbani yang cemerlang benih harus diambilkira.Inilah yang saya maksudkan 'start it right'. Mula langkah awal untuk melahirkan insan berkualiti dengan proses perkahwinan itu sendiri.Inilah yang ideal.
Islam mengajar umatnya kriteria dalam pemilihan calon suami atau isteri: hartawan,bangsawan(keturunan), jelitawan dan yang beragama. Kalau ada empat-empat itulah terbaik. Tetapi kalau tak, yg ada agama itu mesti menjadi kriteria pilihan.Keputusan ini memberi impak yang berterusan dan menentukan kualiti insan yang bakal dihasilkan oleh kedua mempelai.

DASAR KERAJAAN NEGERI SELANGOR






VISI
Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera Dan Berkebajikan

MISI
Melestarikan Kehidupan Rakyat Untuk Kesejahteraan Hubungan Dengan Tuhan, Manusia dan Alam Sekitar

DASAR KUALITI
Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor komited untuk memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik selaras dengan tuntutan pelanggan

MOTO
Kejujuran Dan Ketekunan

MODAL INSAN BERKUALITI TUNGGAK Pembangunan Negeri Selangor


Pembangunan lestari negeri Selangor yang menggunapakai acuan holistik agar menjadi baldatun tayyibatun wa robbun ghafur iaitu negeri yang baik,maju,sejahtera,berkebajikan dan idaman semua serta diampuni dan dirahmati oleh Allah swt sudah tentu perlu berpaksikan kepada model pembangunan modal insan yang mengambilkira semua keperluan manusia dan faktor-faktor kritikal yang memungkinkan pencapaian visi KERAJAAN SELANGOR ini.
Justeru, model S.P.I.E.S dilahirkan sebagai kerangka proses pengupayaan individu, keluarga, masyarakat, organisasi, NGO, jabatan dan agensi kerajaan serta swasta.Ia sesuai untuk semua kaum,keturunan dan agama kerana SPIES.TM menggunakan pendekatan universal yang boleh diadaptasi oleh semua golongan.